β—€ Kembali ke permainan
Kampung Kita 1998

Cara Main

Selamat datang ke kampung! Panduan ni untuk kamu yang baru mula. Tak perlu muat turun apa-apa. Buka kampung1998.my di telefon atau komputer, dan terus main.

  1. Kenal skrin permainan
  2. Bergerak
  3. Bercakap dengan orang kampung
  4. Misi Budak Baru
  5. Syiling dan pangkat
  6. Menu βš™οΈ
  7. Peta kampung
  8. Main dengan kawan
  9. Log masuk dan pasang ke telefon

1. Kenal skrin permainan

Skrin permainan dengan kad pemain di kiri atas, butang sembang dan menu di kanan atas, dan peta kecil di bawahnya

2. Bergerak

πŸ’» Komputer

  • W A S D atau anak panah untuk berjalan.
  • Space untuk lompat.
  • E untuk bercakap atau guna sesuatu.
  • B naik dan turun basikal (bila dah beli).
  • M buka peta.
  • Seret tetikus untuk pusing kamera, roda untuk zum. Klik dua kali untuk kamera ke belakang semula.

πŸ“± Telefon

Skrin telefon dengan bulatan kawalan di kiri bawah, butang lompat oren dan butang basikal hijau di kanan bawah
  • Tolak bulatan di kiri bawah untuk berjalan.
  • Butang oren besar di kanan bawah untuk lompat. Butang hijau di atasnya untuk basikal.
  • Seret skrin untuk pusing kamera, cubit dua jari untuk zum. Ketuk dua kali untuk kamera ke belakang.

3. Bercakap dengan orang kampung

Pergi dekat orang, gerai atau permainan. Bila butang oren keluar di bawah skrin, tekan E (komputer) atau ketuk butang tu (telefon).

Pemain berdiri dekat Pak Cik Ali, butang oren 'Cakap dengan Pak Cik Ali' keluar di bawah

Orang kampung boleh diajak sembang. Pilih soalan yang disediakan, atau taip soalan kamu sendiri. Tanya pasal zaman dulu, ikan, pokok, lembu, apa saja!

Tetingkap sembang dengan Pak Cik Ali, ada butang soalan dan kotak untuk taip

πŸ’‘ Nampak butang Kenali dekat haiwan atau pokok? Tekan untuk belajar pasal benda tu. Semua yang kamu kenali masuk ke πŸ“— Buku Rimba.

4. Misi Budak Baru

Tak tahu nak buat apa dulu? Ikut misi. Misi seterusnya sentiasa ada di kiri atas, dengan anak panah ke arah tempatnya. Tekan untuk tengok senarai penuh.

Senarai Misi Budak Baru: Tegur orang kampung, Tukar baju, Main guli dan lain-lain, setiap satu dengan ganjaran syiling

Setiap misi beri syiling. Siapkan semua untuk dapat bonus besar. Tekan β€Ή di sebelah misi untuk kecilkan dia kalau skrin rasa sempit.

5. Syiling dan pangkat

Tekan βš™οΈ di kanan atas untuk buka semua menu.

Menu terbuka dengan grid butang ikon di kanan atas
πŸ—ΊοΈ Peta
Peta penuh kampung.
πŸ‘• Watak
Tukar baju, rambut dan rupa watak kamu.
🎯 Permainan
Semua permainan tradisional: guli, congkak, gasing, dam aji, catur dan banyak lagi.
🌐 Multiplayer
Pilih bilik kampung untuk main bersama orang lain.
πŸ‘₯ Kawan
Tambah kawan dan hantar mesej.
πŸ›οΈ Kedai
Baju tradisional dan barang kosmetik.
🎣 Pancing
Joran dan hasil pancingan kamu.
πŸ§‹ Warung
Makanan dan minuman yang kamu beli.
🧺 Bakul
Barang yang kamu kutip, macam buah dan sayur.
🍳 Buku Resepi
Resepi yang boleh dimasak di Dapur Kampung.
🚲 Basikal
Basikal kamu.
πŸ“— Buku Rimba
Haiwan dan pokok yang kamu dah kenali.
πŸƒ Album Kad Tepuk
Koleksi kad tepuk kamu.
πŸ“˜ Rapot
Kad laporan sekolah.
🌾 Kerja Sawah
Kerja padi di sawah bersama orang kampung.
❓ Cara Main
Panduan ringkas dalam permainan.
ℹ️ Tentang
Panduan ni, Tentang Kami, Bantuan, Terma dan Privasi.
πŸŽ₯ / πŸ“· Kamera
Kamera ikut belakang, atau kamera bebas.
πŸ“² Pasang
Pasang permainan ke skrin utama telefon.

7. Peta kampung

Tekan peta kecil di kanan atas, tekan M, atau buka πŸ—ΊοΈ Peta dari menu. Seret untuk gerak, cubit atau roda untuk zum. Tekan mana-mana tempat untuk tengok berapa jauh.

Peta Kampung dengan ikon kampung, kedai, tempat dan permainan, dan anak panah merah tunjuk kedudukan pemain

8. Main dengan kawan

9. Log masuk dan pasang ke telefon

Panel Tentang dengan pautan Panduan Cara Main, Tentang Kami, Bantuan, Terma dan Privasi

Panduan ni sentiasa ada di βš™οΈ Menu β†’ ℹ️ Tentang. Masih tersekat? Tengok Bantuan atau emel [email protected].

β–Ά Jom main!